Assalamualaikum, saya nak kongsikan short gateway saya dan kengkawan baru-baru ni. Agenda : lebih kepada hilangkan stress, rapatkan ukhwah dan lari dari kesibukan kota sebentar. Jom tengok apa aktiviti kami. 1. Sebelum berangkat, kita selfie dulu. Lokasi : The Spa, Ampang 2. Selamat sampai, terus panaskan lauk kenduri GAZA & makan malam. Tak lupa, layan durian dulu, sementara lauk siap dipanaskan. 3. Teh tarik time!! hoho First time lepak kedai & minum teh tarik di JB. Sebelum ni ada la lepak kedai hipster di sana. Not bad, sedap 4. Selamat pagi!! Bersiap sedia untuk beriadah selepas subuh. Aktiviti kami : senaman ringkas, jalan2 sekitar kampung, melawat rumah2 berlanskap cantik, sarapan pagi di kedai sedap di Kampung Janda Baik. Memang kami decide mahu santai-santai sahaja, sambil menghirup udara segar. 5. Selesai beriadah, kami meneruskan aktiviti dengan memancing ikan di kolam rumah...