Travel : 8 - 13 Mei 2017 : Perth : Day 1
Selepas 3 tahun abah request, akhirnya impian abah tercapai. Kami berempat bertolak ke Perth pada tanggal 8 Mei 2017... Yang menarik untuk trip kali ini adalah, kami dianggotai oleh beberapa orang pesakit hihi. Saya yang baru 6 bulan menjalani rawatan tulang belakang, Abah yang mengidap kencing manis (4 kali insulin sehari & ada masalah hypo) juga adik perempuan yang mengandung 3 bulan. So, kami decide trip kali ini patut lebih rileks & santai....
12.15 pagi : Bertolak dari KLIA ke Perth International Airport....
5.40 pagi : Mendarat di Perth International Airport
* Muka keletihan
*Subuh gajah di Perth
*Pemandangan kolam renang dari bilik homestay
9.30 pagi : Brunch selepas hampir 8 jam travel... Roti prata (dipanaskan) & kuah kari dalam tin yang dipanaskan juga. Selepar itu, berehat & tidur...
Pemandangan dia sangat cantik. Lokasi beriadah dah berehat bersama keluarga penduduk Perth juga pelancong asing. Apabila tiba, boleh bertemu dengan ramai rakyat Malaysia yang juga pelancong. Kami duduk di kerusi yang mengadap bandaraya Perth yang sungguh indah. Sebelah kiri adalah bandaraya yang pesat membangun dihiasi dengan bangunan pencakar langit. Sebelah kanan pula adalah bangunana sederhana dan lebih kepada rumah dan kawasan kediaman penduduk Perth. Di tengah pula adalah pemandangan Swan River yang juga merupakan tarikan pelancong di Perth. Ada Cruise yang membawa pelancong ke Perth Zoo di seberang sana.
5.00 ptg : Usai riadah di Kings Park, kami bergerak ke masjid di dalam bandar Perth. Waze sahaja William Street Mosque Perth. Kami solat Jama' Maghrib dah Isya' di sana. Waktu maghrib di Perth adalah jam 5.30 ptg.
6.30 ptg : Selesai solat, kami berjalan kaki ke kedai "Asean Grocery" bersebelahan masjid. Agak menyesal membeli barang di sana kerana mahal. Saranan saya, lebih baik beli bahan mentah untuk memasak (bukan daging) di pasaraya tempatan yang menawarkan harga lebih murah.
6.30 ptg : Selesai solat, kami berjalan kaki ke kedai "Asean Grocery" bersebelahan masjid. Agak menyesal membeli barang di sana kerana mahal. Saranan saya, lebih baik beli bahan mentah untuk memasak (bukan daging) di pasaraya tempatan yang menawarkan harga lebih murah.
8.00 mlm : Malam itu kami berjalan-jalan dan mengambil angin malam di sekitar Elizabeth Quay. Lokasi yang terletak Elizabeth Quay Jetty, Barrack Square & The Bell Tower. Dalam cuaca yang bersuhu hampir 14 Darjah Celcius... Suasana malam di sana terasa amat dingin dan mengasyikkan...
9.30 mlm : Usai berjalan-jalan kami pulang ke homestay yang terletak di Beckenham.... zzzzz Oleh kerana malam awal di sini, suasana jam 9.30 malam sudah umpana jam 11.30 malam di Malaysia.. Senyap, sunyi dah semua kedai hampir sudah tutup sepenuhnya.... hihu
Comments
Post a Comment