EM 3: Jenis-jenis Event

1.       Konferens
-          Tergolong didalam event yang popular. Kebanyakan melibatkan golongan akademik, pakar di dalam bidang perubatan dan ahli perniagaan
2.       Seminar
-          Event berasaskan pendidikan da latihan kepada pihak pengurusan dan staf. Kebanyakan seminar adalah lebih kepada sesi “one way communication”
3.       Meetings
-          Event bisnes yang popular dikalangan syarikat besar. Memfokuskan kepada perbincangan operasi atau strategi kewangan
4.       Team Building events
-          Kunci kepada kumpulan yang terus maju dan bermotivasi  di dalam sesebuah syarikat dan jabatan adalah melalui sesi penganjuran professional “Team Building”.
5.       Trade Show
-          Sesi pameran yang melibatkan sesi pembentangan dan demonstrasi produk terkini syarikat terlibat. Yang mana, aktiviti pembentangan adalah slot paling penting.
6.       Business Dinner
-          Majlis yang diadakan untuk meraikan pihak pengurusan dan staf syarikat. Kebiasaan dilaksanakan pada hujung tahun, sebagai salah satu daripada ganjaran social kepada semua.
7.       Golf Events
-          Pertandingan Golf ini adalah salah satu daripada aktiviti / event untuk menambah bilangan pelanggan / “customer”. Selain menambah kesetiaan pelanggan dan meningkatkan motivasi pekerja.
8.       Press Conference
-          Event yang dirancang khas dengan tujuan sama ada untuk mengumumkan produk terkini, pelancaran produk, kempen pemasaran atau untuk memaklumkan pemegang saham atau umum berkenaan isu/status kewangan terkini syarikat.
9.       Networking Events
-          Event yang dianjurkan khas untuk meningkatkan nilai dan skil pemasaran individu. Event yang akan menambah koleksi senarai pelanggan / client atau potensi rakan bisnes anda.
10.   Incentive Travel
-          Salah satu daripada metod memberi ganjaran dan meningkat motivasi staf. Selain ia mampu meningkat kesetiaan dan urusan bisnes yang berpanjangan. Ia melibatkan ganjaran travel yang menyeluruh.
11.   Opening Ceremonies
-          Diadakan untuk memulakan sesebuah majlis besar dan penting seperti konvensyen, “annual meetings” dan event yang berdurasi dua ke tiga hari.
12.   Product Launches
-          Merupakan event yang penting bagi memperkenalkan pasaran dengan produk terkini . Pembentangan yang terancang dan terbaik mampu menarik minat pembeli, pelabur dan media pada satu masa.
13.   Theme parties
-          Majlis keraian yang selalunya melibatkan tema tertentu. Kebiasaannya, sesi makan-makan adalah agenda utama.
14.   Trade Fairs
-          Event yang akan mengetengahkan produk atau servis yang ditawarkan kepada pengguna dan pelabur. Ada kala, event ini juga melibatkan sesi “Business Matching”
15.   Shareholders Meetings
-          Event tahunan dan wajib bagi  setiap tahun. Lebih kepada sesi pembentangan status kewangan dan operasi syarikat. Juga membincangkan hal ehwal perancangan masa depan syarikat. Selain sesi melantik Ahli Lembaga Pengarah yang baru.
16.   Award Ceremonies
-          Event yang dianjurkan dengan tujuan untuk memberi penghormatan dan motivasi kepada staf tertentu yang telah Berjaya menghasilkan kejayaan kepada syarikat dan mengekalkan pelanggan syarikat.
17.   Board Meetings
-          Memberi fokus kepada strategi  target dan vision syarikat. Lokasi event akan menentukan tahap dan jenis mesyuarat yang diadakan.
18.   Executive Retreats
-          Sesi melarikan diri daripada jadual kerja yang padat dan kehidupan bisnes seharian. Disamping sama-sama belajar berkenaan cara terbaik untuk mendapatkan idea dan menambah kreativiti pekerja.
19.   Weddings
-          Majlis perkahwinan yang kebiasaannya memerlukan khidmat nasihat “Wedding Planner”.
20.   Birthdays
-          Majlis sambutan hari lahir yang kebiasaannya melibatkan tema tertentu. Selain memerlukan buget tertentu di dalam merealisasikan tema yang diminta.
21.   Wedding Anniversaries
-          Majlis sambutan ulang tahun perkhawinan. Melibatkan perancangan yang rapi bagi meraikan pasangan yang bakal diraikan.
22.   Family events
-          Event yang melibatkan pertemuan dan pengumpulan ahli keluarga dan dijalankan aktiviti bersama-sama. Ia boleh melibatkan pelbagai jenis aktiviti dan format program.


Comments

Popular posts from this blog

EM 1 : Apa itu Event Manager atau Pengurus majlis?

Travel : Senarai makanan ke Oversea