EM 1 : Apa itu Event Manager atau Pengurus majlis?
Apa itu Event Manager atau
Pengurus majlis?
Mereka adalah dikategorikan sebagai
seorang yang akan:
Sebelum
1. Melihat dan menilai kepada jenis, saiz, lokasi
event yang mahu dianjurkan
2. Memahami format dan tema untuk event
tersebut.
3. Mendapatkan maklumat jelas berkenaan
impian berkenaan event tersebut, daripada client.
4. Membuat perancangan "draft"
bagi keperluan event tersebut.
5. Mencari lokasi yang sesuai untuk event
tersebut, mengikut tarikh yang ditetapkan.
6. Menyenaraikan keperluan untuk
penganjuran event tersebut.
7. Mendapatkan sebanyak mungkin quotation
untuk keperluan event tersebut.
8. Membuat perancangan logistik, konten
dan kewangan event tersebut.
9. Menyediakan unjuran kewangan
berdasarkan quotation yang diterima.
10.Menyediakan beberapa pilihan untuk
dibentangkan kepada client, berdasarkan buget yang disediakan.
11. Mendapatkan persetujuan client untuk
perancangan yang disediakan.
Semasa
1. Memberi taklimat kepada semua krew
event yang terlibat.
2. Memastikan semua krew terlibat berada
di kolasi masing-masing mengikut waktu yang telah ditetapkan.
3. Menguruskan event mengikut perancangan
yang dibuat.
4. Memastikan majlis berjalan mengikut
aturcara yang telah ditetapkan
5. Memastikan setiap keperluan event ada.
6. Menjadi event coordinator pada hari kejadian.
7. Memantau semua krew
8. Memastikan semua tetamu menerima layanan selayaknya.
9. Memastikan event berjalan lancar
10. Menguruskan kekangan atau cabaran yang hadir dengan membuat keputusan untuk meneruskan acara.
Selepas
1. Menyediakan laporan event
2. Menyediakan laporan kewangan event
3. Memastikan dokumen kewangan lengkap dan di failkan dengan baik.
4. Menjaga hubungan baik dengan client.
*Kebanyakan daripada tugasan event manager adalah bersifat teknikal & memerlukan kemahiran merancang disamping melihat apa yang bakal berlaku sebelum, semasa dan selepas hari kejadian.
byk membantu saya yg bakal menjadi event manager buat pertama kali pada bulan januari ini.terima kasih
ReplyDelete