Travel : 20 - 27 Julai 2016 : Miri : Part 1

Day 1 : Miri, Sarawak

3.15 pagi : Keluar rumah untuk menuju ke Stesen bus One Utama, Bandar Utama. Tiket bus One Utama - KLIA2 sudah dibeli secara online. (Lebih jimat kalau beli waktu beli tiket flight)
4.00 pagi  : Bus bergerak menuju ke KLIA2.
4.50 pagi : Sampai di KLIA2. Terus hantar beg untuk check in. Oleh kerana saya ada masalah kesihatan, memang kebiasaan sy akan ambil bagasi. Saya memang bukan seorang backpackers, tapi saya seorang pengguna beg roda.. hehe



5.50 pagi : Settle check in beg sume. Terus p cari sarapan & beli souvenir for my beloved bff sekeluarga.
6.30 pagi : Masuk boarding area, lepak sana. Solat, p tandas semua ada. Sangat selesa.
7.40 pagi : Kapal terbang bertolak menuju ke Miri

Bila bergerak secara solo ni, memang belajar banyak perkara. Kebergantungan kepada Yang Maha Esa memang sangat tinggi. Lebih berdikari, alert, berani dan tiba2 jadi peramah hehe. Alhamdulillah, sepanjang perjalanan dari One Utama, berkenalan dengan seorang mak cik Indonesia. Beliau mahu pulang ke sana atas sebab ada kematian. Beliau tak banyak cakap, namun menjaga saya seolah sudah kenal lama. Siap tunggu dan tunjukkan kawasan selamat di sekitar KLIA2, oleh kerana di awal pagi KLIA tak ramai orang. Selesai tunjukkan lokasi yang selamat, beliau terus lari nak check in bag. Didoakan moga urusan mak cik tersebut dipermudahkan dan diberi ganjaran terbaik di dunia & akhirat. 

Dalam flight, saya dapat seat tengah2. Sebelah kanan, lelaki yang berpakaian formal. Berkemungkinan besar beliau ada urusan kerja di Miri. Belum sempat kapal terbang bergerak, beliau sudah lena. Bersyukur sangat hehe Penumpang di sebelah kiri pula adalah seorang anak gadis yang dalam lingkungan usia awal 20-an. Beliau senyap bermula dari mula masuk pesawat. Sejam sebelum mendarat, saya beranikan diri bertegur sapa dengan beliau. Ramah orangnya, dan beliau merupakan pelajar IPTS di KL. Beliau diberi cuti sebulan, atas sebab masalah kesihatan. Banyak juga perkara yang kami bicarakan. Suka pula dapat kenal orang Sarawak. Nama dia, saya tak ingat, tapi kami sembang panjang, sampai la pesawat mendarat.


Akhirnya, kamik selamat sampai ke Mighri... Ya Allah 3 tahun berlalu, airport & langit masih sama...


Terus disambut oleh sahabat kesayangan, Puan Nurarfida a.k.a fyda. Kami bersahabat dari Matrikulasi lagi. Persahabatan lebih erat, apabila kami menginap sebilik untuk tempoh 4 tahun belajar di UIAM Gombak. Alhamdulillah, persahabatan masih kekal hingga sekarang.

 Terus dibawa makan Mee Kolok Sarawak. hehe

Ni lah sahabat saya... Fyda.. 

Nah, saya share sedikit apa yang best di Miri. 






sekian dahulu. Selamat malam

Comments

Popular posts from this blog

EM 1 : Apa itu Event Manager atau Pengurus majlis?

EM 3: Jenis-jenis Event

Travel : Senarai makanan ke Oversea