Travel : 7 - 8 Ogos 2016 : Janda Baik

Assalamualaikum, saya nak kongsikan short gateway saya dan kengkawan baru-baru ni. 
Agenda : lebih kepada hilangkan stress, rapatkan ukhwah dan lari dari kesibukan kota sebentar.


Jom tengok apa aktiviti kami.

1. Sebelum berangkat, kita selfie dulu.
Lokasi : The Spa, Ampang



2. Selamat sampai, terus panaskan lauk kenduri GAZA & makan malam.
Tak lupa, layan durian dulu, sementara lauk siap dipanaskan.




3. Teh tarik time!! hoho
First time lepak kedai & minum teh tarik di JB. Sebelum ni ada la lepak kedai hipster di sana. Not bad, sedap



4. Selamat pagi!! Bersiap sedia untuk beriadah selepas subuh.
Aktiviti kami : senaman ringkas, jalan2 sekitar kampung, melawat rumah2 berlanskap cantik, sarapan pagi di kedai sedap di Kampung Janda Baik. Memang kami decide mahu santai-santai sahaja, sambil menghirup udara segar.











5. Selesai beriadah, kami meneruskan aktiviti dengan memancing ikan di kolam rumah Puan & Prof kesayangan. 
Aktiviti : bagi ikan makan, memancing, siang ikan pastu goreng & makan.. nyum nyum










6. Selesai bergelak ketawa di Kolam ikan. Kami terus ke dapur untuk memasak. Decide apa nak masak, senaraikan barang perlu dibeli & kami keluar sebentar beli bahan mentah. Kami menuju ke pasa Tanah Tinggi. Sayur di sana segar & mengujakan. Tak percaya tengok la gambar ni..





7. Selesai makan tengahari, kami solat dan rehat sebentar. Agenda seterusnya?? Mandi SUNGAI!!! hohoho





**hehe, ada gambar saya je. Sebab jurugambar tak ambil gambar orang lain.

Sejam lebih kami berendam, berenang, menyelam, lemas semua ada la. Kami beransur pulang, sambil mencari goreng pisang panas. Namun yang kami jumpa adalah waffle sedap hehe. Pulang ke rumah, berehat seketika, solat dan berangkat pulang. Sebelum pulang, kita selfie dulu dengan tuan rumah. Beloved Prof. Abdullah Hassan, sabar melayan cucu-cucu angkat selfie..



Kami pun berangkat pulang dan meneruskan kehidupan di kota metropolitan itu..

Singgah makan dulu, sebelum semua pulang ke rumah masing-masing.


Sekian sahaja perkongsian bagi sesi gateway kali ini.

Comments

Popular posts from this blog

EM 1 : Apa itu Event Manager atau Pengurus majlis?

EM 3: Jenis-jenis Event

Travel : Senarai makanan ke Oversea