Travel?
Minat suka mengembara diperoleh dari mak abah yang sangat suka “travel”. Mak abah mula travel dalam tempoh 10 tahun ini . Dan setakat ini , mereka berdua sudah travel ke hampir 20 buah negara . Kebanyakan sesi travel mereka dilakukan melalui kumpulan dari Travel agent. Ada satu sesi yang mana mereka ber “Backpack” berdua . Negara yang mereka terokai melalui “backpack” adalah Croatia & Rome (Italy). Jika mahu diceritakan bagaimana perasaan sebagai seorang anak pada ketika ibubapa sedang ber backpack. Janganlah ditanya . Saya dan abang-abang siap mengambil insurans worldwide travel kepada kedua ibubapa pada ketika itu . Alhamdulillah, semua berjalan lancar . Mak abah pulang ke tanah air setelah 16 hari merantau KL – Instanbul – Bosnia – Croatia – Rome – Bosnia – KL. Fuhhhhh ….. Lemah lutut kami adik beradik dibuatnya . Minat travel ini secara tidak langsung telah mengalir kepada saya , anak