Travel?


Minat suka mengembara diperoleh dari mak abah yang sangat suka “travel”. Mak abah mula travel dalam tempoh 10 tahun ini. Dan setakat ini, mereka berdua sudah travel ke hampir 20 buah negara. Kebanyakan sesi travel mereka dilakukan melalui kumpulan dari Travel agent. Ada satu sesi yang mana mereka ber “Backpack” berdua. Negara yang mereka terokai melalui “backpack” adalah Croatia & Rome (Italy).
Jika mahu diceritakan bagaimana perasaan sebagai seorang anak pada ketika ibubapa sedang ber backpack. Janganlah ditanya. Saya dan abang-abang siap mengambil insurans worldwide travel kepada kedua ibubapa pada ketika itu. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Mak abah pulang ke tanah air setelah 16 hari merantau KL – Instanbul – Bosnia – Croatia – Rome – Bosnia – KL. Fuhhhhh….. Lemah lutut kami adik beradik dibuatnya.
Minat travel ini secara tidak langsung telah mengalir kepada saya, anak ke-4 mereka. Namun, minat travel saya lebih kepada mengembara bersama mak abah atau adik beradik. Travel bersama sahabat handai, lebih kepada traveling by car di dalam Semenanjung Malaysia sahaja


*Rome, Italy


* Bosnia Herzegovina

Comments

Popular posts from this blog

EM 1 : Apa itu Event Manager atau Pengurus majlis?

EM 3: Jenis-jenis Event

Travel : Senarai makanan ke Oversea