My BFF : Inspirasi daku

Saya mempunyai seorang sahabat yang telah menjadi sumber kekuatan saya sejak 2 tahun yang lalu. Ia bermula apabila saya disahkan mengidap masalah tulang belakang  (Minor Slipped Disk) 2 tahun lalu.
Pada ketika saya disahkan mengalami masalah tulang belakang, saya hanya mampu terbaring di rumah dan berjalan dalam kadar yang perlahan. Saya mengambil masa lebih daripada sebulan untuk mengendali masalah emosi & kemurungan yang melanda. Dek kerana tidak dapat menerima kenyataan diatas apa yang berlaku, saya telah menjauhkan diri daripada dunia luar, termasuk rakan2 terdekat.
Alhamdulillah, suatu hari Allah telah menggerakkan hati seorang sahabat yang bertanyakan khabar berita saya. Dan kisah kami bermula. Beliau adakah sahabat rapat saya ketika di Universiti. Kami bersahabat 3 orang. Namun terpisah apabila masing-masing sudah ada kerjaya sendiri.
Persahabatan disambung apabila saya menceritakan masalah kesihatan yang dihadapi. Alhamdulillah, beliau memberi kata semangat dan inspirasi yang sungguh bermakna buat diri ini. Jika dibandingkan masalah kesihatan yang saya alami dengan beliau, kami jauh berbeza. Beliau mengidap Kanser Ovari Peringkat ke-3 dan Ovari tersebut sudah dikeluarkan bagi mengelakkan merebak ke organ dalaman yang lain.
Sesuatu yang membanggakan, setelah menempuh sesi kritikal menerima rawatan & kimoterapi di HUKM selama hampir setahun. Beliau kini sudah bergelar seorang guru. Siap, praktikal di Lahad Datu, Sabah!

Kami sangat rapat, terutama apabila mebicarakan hal ehwal kesihatan masing-masing. Kemi berdua mempunyai masalah yang sama. Kadar antibodi yang lemah, agak lemah. Orang sebelah bersin, akan menyebabkan kami demam panas untuk tempoh 1 minggu. The only reason why.. SAYA TAK SUKA SHARE  MASALAH KESIHATAN INI DENGAN ORANG. Hehe ia sudah tidak menjadi rahsia hidupku lagi.

Comments

Popular posts from this blog

EM 1 : Apa itu Event Manager atau Pengurus majlis?

EM 3: Jenis-jenis Event

Travel : Senarai makanan ke Oversea