Fauzana Zainuddin
Siapakah saya?
Nor Fauzana binti Zainuddin
Seorang anak kepada 2 orang guru, Cikgu Zainuddin bin Mohamad Yatim dan Cikgu Zaliha binti Saidin. Anak ke empat daripada 7 orang adik beradik.
Alhamdulillah, diberi kelebihan dan kemahiran di dalam pengurusan majlis / event. Mula bertugas pada tahun 2009 sebagai Assistant Event Manager di Eduxplore Sdn Bhd, meneruskan kerjaya sebagai Event Coordinator di TS Event Management Plt. dan pada 2014, diberi peluang untuk menjadi salah seorang daripada Founding Team untuk ABS Event Management Plt.
Pengalaman 5 tahun berkecimpung di dalam bidang pengurusan event dari peringkat kebangsaan dan antarabangsa, sangat membantu di dalam meneruskan kehidupan disamping menguruskan event-event yang diamanahkan.
Masih lagi didalam proses belajar daripada pengalaman dan tugasan yang didalam tangan. Sememangnya, pengalaman adalah guru terbaik & utama didalam bidang pengurusan Event. Tanpa pengalaman, anda adalah seseorang yang hanya akan menempah kesilapan yang mampu memakan diri anda sendiri. Namun, jika bertekad mahu belajar, kesilapan adalah guru yang terbaik! Jangan takut kepada kesilapan. Usaha tangga kejayaan. Betulkan niat di dalam menguruskan semua tugasan yang diberi. InsyaAllah segala urusan akan dipermudahkan.
Selamat berkenalan & selamat membaca. Semoga memperoleh manfaat hasil daripada perkongsian yang akan dicoret dari masa ke semasa.
Comments
Post a Comment